Mutasi Gajah zaman purba





"Di Tambun perak saintis telah menjumpai fosil spesies gajah liar yang besarnya hampir sekali ganda gajah malaysia (Elephas maximus hirsutus).spesies gajah itu dipanggil gajah minyak dimana ia mempunyai bentuk yang hampir sama dengan gajah malaysia.Setelah dianalisa sampel gajah tersebut,didapati punca kepupusan gajah tersebut adalah disebabkan oleh kesan mutasi pada gajah tersebut.2 KM daripada kawasan fosil tersebut, sainstis menjumpai lagi fosil gajah yang sama dan hasil kajian mendapati gajah ini juga mati dengan cara yang sama."


Soalan Pertama 
Jenis mutasi yang menyebabkan gajah-gajah di zaman purba tersebut mati dah pupus ialah mutasi yang berlaku secara semulajadi seperti akibat kesan daripada bahan-bahan kimia yang terhasil daripada gunung berapi, perubahan cuaca, sinaran radioaktif dan sinaran ultraviolet kerana pada zaman dahulu, bahan kimia masih belum tercipta melainkan bahan kimia yang terhasil daripada unsur semulajadi.


Soalan Kedua
i) Mutasi tersebut membunuh gajah-gajah itu dengan bahan-bahan kimia yang terhasil daripada bencana alam sekitar apabila bahan kimia yang kuat itu bertindak balas dengan gen-gen dan sel-sel di dalam badan gajah tersebut. Mutasi daripada gunung berapi terjadi apabila lava
-lava menghentam bumi dan terkena pada tumbuh-tumbuhan dan akhirnya menjadi makanan gajah-gajah tersebut. Kesan daripada bahan kimia yang terkandung dalam lava bertindak balas dengan sel-sel dalam badan gajah apabila gajah memakan tumbuh-tumbuhan tersebut.

ii) Selain itu, mutasi yang terjadi daripada perubahan cuaca pula apabila meteor terhempas ke muka bumi dan akhirnya menyebabkan perubahan cuaca. Kemungkinan gajah-gajah tersebut tidak biasa dengan cuaca yang berlainan dan menyebabkan gen-gen gajah tersebut mengalami mutasi.

iii) Seterusnya, unsur radioaktif yang berpunca daripada uranium dan radium yang masuk ke dalam badan gajah boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam kromosom tatau gen.

iv) Mutasi daripada sinaran ultraviolet pula terjadi apabila bertindakbalas dengan gen atau kromosom gajah sehingga menyebabkan mutasi iaitu kanser kulit pada gajah tersebut yang berkembang daripada pigmen kulit.


Soalan ketiga 
Faktor lain yang menyebabkan gajah purba tersebut mati adalah kerana keadaan semulajadi iaitu bencana alam seperti banjir, gempa bumi, puting beliung, ribut, tanah runtuh dan taufan yang menyebabkan habitat bagi gajah-gajah ini rosak dan hilang tempat berlindung. Kemarau juga salah satu punca terbesar gajah purba tersebut mati kerana seekor gajah memerlukan 70 hingga 90 liter air sehari.