Pemeliharaan dan pemuliharaan Beruang Matahari


 

"Beruang Matahari (sunbear) telah diisytiharkan oleh IUCN ( International Union for Conservation of Nature) sebagai haiwan terancam pada tahun 2007.Beruang ini banyak di dapati di kawasan hutan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, sabah dan Sarawak. Namun, pemburuan beruang ini secara haram telah mengakibatkan bilangan beruang ini menurun dengan mendadak.Beruang ini diburu kerana dikatakan dagingnya dapat menyembuhkan penyakit tertentu.Dalam satu seminar pemuliharaan alam yang dianjurkan oleh IUCN, seorang saintis telah mencadangkan supaya kaedah pengklonan dibuat bagi menyelesaikan masalah ini."

Saya tidak bersetuju jika saintis tersebut mahu melakukan kaedah pengklonan terhadap beruang matahari ini kerana kaedah tersebut lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Jika saintis tersebut tetap melakukan kaedah pengklonan ke atas beruang itu, mungkin kesan yang baik cume berlaku sekejap sahaja. Kemudian lebih banyak keburukan yang akan berlaku. Lalu, usaha untuk menyelamatkan beruang matahari pastinya tidak berhasil.

Antara keburukan pengklonan ialah :
Sekiranya terdapat perubahan persekitaran, keseluruhan klon mungkin terhapus sama sekali kerana keupayaan rintangan yang sama. Perkara ini mungkin juga akan terjadi kepada beruang matahari yang di klon kan. Beruang matahari tersebut berpotensi untuk mendapat penyakit yang sama dengan klonnya sekiranya klonnya berpenyakit ataupun mati.

Pengklonan mengganggu proses pemilihan semulajadi dalam alam semulajadi dan seterusnya menghalang kemunculan spesies baru daripada wujud secara semulajadi. Apabila perkara ini berlaku, semakin banyak manusia akan melakukan kaedah pengklonan terhadap haiwan-haiwan terutamanya haiwan yang terancam seperti beruang matahari ini dan kaedah ini langsung tidak membantu untuk memelihara haiwan-haiwan terancam tersebut.

Klon yang dilepaskan ke persekitaran untuk tujuan tertentu mungkin mengalami mutasi semulajadi yang boleh membahayakan manusia dan alam sekitar.

Cara-cara untuk memulihkan populasi beruang matahari di Malaysia ini adalah dengan membina pusat pemeliharaan dan pemuliharaan khusus untuk beruang matahari ini. Selain itu, melakukan kempen bagi memberitahu orang ramai tentang kepupusan beruang matahari dan menyeru orang ramai supaya membantu memelihara beruang matahari. Seterusnya, menjaga habitat beruang matahari. Selain itu, pengharaman untuk memburu beruang matahari dan dikenakan hukuman yang setimpal bagi sesiapa yang cuba untuk memburu beruang matahari dan memusnahkan habitatnya.


Cara saya membawa masyarakat malaysia menyedari tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan beruang matahari adalah dengan mengedarkan t-shirt yang mengajak masyarakat supaya menyelamatkan beruang matahari. Apabila seseorang memakai t-shirt ini, secara tak langsung dia dapat menyedarkan orang ramai yang melihat t-shirt itu tentang beruang matahari.



0 comments:

Post a Comment