Buah Mangga Di Dusun Pak Ismail Yang Dijangkiti Penyakit


Pokok-pokok mangga didusun Pak Ismail selalu dijangkiti penyakit dan kerap diserang serangga. Oleh itu buah yang dihasilkan semakin berkurangan dan tidak berkualiti . Keadaan ini menyebabkan hasil produktiviti pokok-pokok tersebut adalah rendah. Ramai pelanggan tidak lagi gemar membeli buah mangga dari dusun pak Ismail kerana buahnya banyak yang rosak dan busuk. Pak Ismail Menjadi semakin risau kerana hasil keuntungan ladangnya semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

 Kenalpasti masalah

Pokok mangga Pak Ismail mudah diserang penyakit dan serangga kerana banyak faktor seperti benih tanaman yang baik, faktor tanah yang sesuai, sistem tanaman yang dilakukan dan kaedah pembajaan.
Antara penyakit yang dihidapi oleh pokok dan buah mangga Pak Ismail ialah :

Penyakit Antraknos Buah


Penyakit Antraknos buah dan hawar jambak bunga adalah disebabkan oleh kulat yang sama dan menjadi penghalang utama dalam pengeluaran mangga di kawasan tropika. Penyakit ini boleh menyebabkan putik mangga gugur. Penyakit ini juga menyebabkan kerosakan yang tinggi pada buah-buah selepas dipetik jika tidak dikawal. 

Penyakit Antraknos Daun 


Penyakit kulapuk hitam selalunya dikelirukan sebagai penyakit jelaga hitam. Kulat penyakit ini berbeza dengan kulat jelaga hitam kerana kulat ini adalah adalah sejenis parasit obligate. Penyakit ini tidak menyebabkan kerosakan yang teruk walaupun ia sering terdapat. Kulit ini juga mengurangkan permukaan fotosintesis. Perhubungan yang rapat antara kulat ini dengan koya adalah kerana manisan yang dikeluarkan oleh koya menggalakkan pertumbuhan kulat ini.

Penyakit Bintik Alga


Penyakit ini terjadi apabila pokok kurang subur, keadaan tanah yang tidak baik dan pokok yang ditanam terlalu rapat. Pada serangan yang teruk, alga ini menutup permukaan daun dan ia juga menyebabkan kulit pada batang pokok mangga mengelupas.

Penyakit Kulapuk Hitam

Penyakit ini adalah penyakit yang biasa didapati dan menyebabkan kerosakan yang teruk pada daun-daun mangga. Daun mangga pada peringkat pucuk sangat peka kepada penyakit ini. Jika serangan teruk, pucuk-pucuk pokok mangga akan mati terutama di musim-musim hujan. Penyakit antraknos daun ini adalah punca kepada jangkitan penyakit hawar jambak bunga dan antraknos buah. Oleh itu kawalan penyakit antraknos daun adalah penting untuk menghalang kerosakan pada jambak bunga dan buah.

Penyakit Bintik Kerah


Penyakit ini biasa ditemui pada daun-daun tua yang pokoknya kurang subur. Pokok di kawasan dusun, tapak semaian dan pokok yang ditanam di kawasan rumah selalu diserang oleh penyakit ini. Penyakit ini hanyalah menyebabkan bintik-bintik pada daun dan tidak begitu merbahaya.

Penyakit Cendawan Angin


Penyakit ini adalah yang paling merbahaya menyerang bahagian kulit dahan, ranting dan batang utama pokok mangga. Pokok mangga yang berumur 5-15 tahun yang mempunyai kanopi agak tebal amat mudah dihinggapi oleh penyakit ini. Penyakit ini menyebabkan dahan yang diserang menjadi layu dan kering. Keadaan ini akan mengurangkan kanopi dan juga keupayaan berbuah.

Antara serangga yang menyerang pokok mangga Pak Ismail ialah :


  • Lalat Buah
  • Lelompat daun
  • Ulat pengorek batang
  • Kumbang pengorek buah
  • Ulat pengorek pucuk
  • Kumbang belangkas

Langkah untuk menyelamatkan ladang Pak Ismail

  • Pak Ismail hendaklah menggunakan benih tanaman yang lebih baik.
  • Pak Ismail haruslah menggunakan tanah yang sesuai untuk menanam pokok mangga iaitu tanah yang mempunyai saliran air yang baik.
  • Sistem tanaman yang dilakukan haruslah sesuai.
  • Kaedah pembajaan dilakukan mengikut prosedur yang sebenar.
  • Sampel dari ladang Pak Ismail diambil untuk memastikan puncanya.
  • perbaiki amalan-amalan pertanian seperti saliran.
  • sentiasa kawal serangga seperti hama dan penyakit kulat yang lain dari semasa ke semasa.
  • pokok yang ditanam terlalu rapat hendaklah dilakukan cantasan untuk memperbaiki pengudaraan kawasan tersebut dan supaya banyak terdedah kepada cahaya matahari.
  • Bagi masalah penyakit pokok, Pak Ismail hendaklah  Sembur dengan racun kulat seperti maneb, mancozeb, propineb, chlorothalonil, captafol, benomyl, thiolpanatemethyl dan racun kulat jenis kupram. Ini boleh diguna secara berasingan, campuran atau berselang seli. 
  • Sentiasa jalankan pengawasan supaya penyakit ini dapat dirawati sebelum jadi teruk. Pangkas batang yang teruk diserang dan bakar. Sapu bahagian yang diserang dengan racun kulat jenis tridemorph dan lain-lain.
  • Bagi masalah serangan serangga,   Balut buah di peringkat kecil. Sembur dengan dizinon atau cypermethrin.
  • Sembur dengan carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau dichlorvos.
  •  Cantas dan musnahkan ranting yang diserang. Kawalan dengan racun serangga seperti malathion atau carbaryl. Masukkan paradichlorobenzene (ubat gegat) yang hancur ke dalam lubang, ditutup dengan tanah liat.
  • Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, Pak Ismail boleh melakukan proses Cross breeding pada pokok mangganya iaitu dengan mengacukkan benih mangganya dengan benih mangga lain yang lebih baik.




0 comments:

Post a Comment