Serangan Virus pembunuh baru



Saya akan menyelesaikan masalah adalah dengan mengawal penyebaran virus daripada terus merebak. Saya memilih cara demikian kerana virus tidak mudah untuk dihapuskan, jadi memgawal adalah lebih baik. Selain itu, virus perlu dikawal terlebih dahulu sebelum dimusnahkan. Jika langkah-langkah pengawalan dilakukan, pasti virus tersebut dapat dimusnahkan sedikit demi sedikit.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal virus ini ialah :



  1. Ahli saintis menjalankan kajian yang terperinci mengenai virus h1n80 ini. Mereka perlu mengkaji mengenai dari mana virus tersebut datang, bagaimana cara virus tersebut tersebar, dan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengawal penyebaran virus tersebut.
  2. Pihak yang bertanggungjawab perlu menggesa penduduk di negeri pantai timur untuk mematuhi segala arahan dan langkah-langkah yang dikenakan bagi membendung masalah ini.
  3. Pihak yang bertanggungjawab haruslah penyekat kemasukan dan pengeluaran pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri di pantai timur supaya virus tersebut tidak tersebar ke negeri dan negara yang lain.
  4. Setiap penduduk ni negeri pantai timur tersebut dijalankan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi mengesan penduduk yang telah dijangkiti.
  5. Setiap penduduk yang telah dijangkiti perlulah dikuarantinkan bagi mengelakkan virus daripada tersebar.
  6. Pihak berwajib haruslah membuat satu kempen bagi memberitahu orang ramai mengenai virus ini dan cara-cara bagi mengelakkan ia lebih tersebar dan juga bagi megesan simptom-simptom awal jika seseorang itu telah dijangkiti.
  7. Memandangkan virus ini tersebar melalui udara, pemakaian topeng muka sangatlah penting. Jadi pemberian topeng muka secara percuma di setiap sekolah dan di setiap kawasan perumahan di negeri pantai timur amatlah membantu.
  8. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar ke kawasan yang sesak dan ramai orang.
  9. Setiap orang diwajibkan untuk memakai topeng muka terutama bagi mereka yang menghidap selsema, batuk dan demam supaya virus tidak tersebar ke udara.
  10. Cuba elakkan daripada menyentuh  hidung, mata, mulut dan telinga anda kerana ini merupakan cara paling mudah bagi virus itu masuk ke dalam badan kerana virus ini juga tersebar melalui sentuhan. memandangkan tangan kita adalah salah satu anggota yg paling kotor kerana telah memegang pelbagai benda walaupun kekotoran tersebut tidak jelas. 
  11. Membasuh tangan dengan cara yang betul.
  12. Setiap tempat haruslah dititikberatkan kebersihannya. Jika masih kotor, tindakan tegas perlu di ambil.
  13. Jangan berkongsi barang dengan orang lain tertuama baranng-barang penjagaan diri seperti berus gigi, pemotong kuku dan sikat.
  14. Sekiranya badan luka, segeralah berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan.
  15. Setiap penduduk di negeri pantai timur dinasihatkan untuk memiliki hand sanitizer dan membawanya kemana sahaja supaya tangan kekal bersih.

0 comments:

Post a Comment