Diari akhir








Hasil aktiviti yang terbaik yang pernah saya buat ialah aktiviti pertama. Cara saya menghasilkannya ialah dengan menyiapkan tugasan dengan cara melukis mind maps.

Kemungkinan besar saya berfikiran kritikal sepanjang kajian dijalankan kerana tugasan yang diberikan agak mencabar.

Kelebihan menggunakan pembelajaran melalui blog ialah dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi manakala keburukannya pula ialah apabila belajar melalui blog, pelajar lebih berisiko tinggi untuk meniru hasil orang lain ataupun mengamalkan unsur plagiat.

Bahagian Blog Bioclass yang paling saya suka ialah bahagian rujukan berkaitan kerana banyak membantu saya untuk mencari maklumat terutama ketika saya kekurangan idea. Bahagian yang saya tidak suka pula ialah bahagian komen kerana kadangkala saya tidak mempunyai banyak idea untuk memberikan komen.

Saya cadangkan agar ada penambahan pelajar-pelajar di blog Bioclass agar lebih mudah untuk bertukar idea.

 Belajar menggunakan blog lebih mudah kerana boleh mencari maklumat dengan cepat dan pantas. segala maklumat juga berada di dalam tangan kita. manakala, dengan belajar secara tradisional lebih rumit kerana susah untuk mencari maklumat dan kadangkala pelajar susah untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. Saya pilih untuk belajar menggunakan blog kerana lebih seronok.

Ya, saya akan menggukannya dimasa hadapan kerana ianya banyak membantu saya terutaman dalam subjek biologi. kini saya lebih memahami hasil kejian saya semasa mencari maklumat.

0 comments:

Post a Comment