Diari Semasa



Minggu Pertama

Pada minggu pertama, saya dapat mempelajari mengenai virus-virus, kesan-kesan yang berlaku akibat daripada virus, punca-punca kesan yang berlaku dan juga cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Buat masa ini. saya tidak menghadapi sebarang masalah teknikal.
Saya cuma menghadapi satu sahaja iaitu saya harus menjadi lebih kreatif dalam menyiapkan tugasan.
Cara saya menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan menyiapkan tugasan dalam bentuk mind map. Saya lukis di Photoscape. Saya banyak merujuk tutorial di Youtube.
Saya rasa aktiviti minggu ini agak mencabar kerana saya harus membuat post berbeza daripada pelajar-pelajar yang lain. 
Saya berjaya menghasilkan tugasan minggu ini dengan mengemukakan punca-punca berlakunya kesan daripada virus tersebut dan merancang pelan bagi menangani masalah tersebut.
Aktiviti pada minggu ini sangat memotivasikan saya untuk mempelajari sains.

Minggu Kedua

Pada minggu ini, saya dapat belajar mengenai cara-cara dan usaha untuk menyelamatkan haiwan yang sedang mengalami kepupusan. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai pengklonan dan kesan-kesannya.

saya mengalami sedikit masalah teknikal seperti internet lambat.

Saya cuma menunggu line internet untuk kembali seperti sedia kala memandangkan masalah ini tidaklah terlalu serius.

Saya masih belum mengalami sebarang masalah-masalah semasa menyiapkan tugasan. Melainkan saya sedikit kehilangan idea untuk membuat tugasan lebih kreatif dan kritis.

Saya mendapatkan pandangan dan sedikit idea melalui ibu saya, cikgu dan juga rakan-rakan Blog Bioclass yang lain.

Bagi saya aktiviti dua ini agak mudah. kerana saya telah mempelajari mengenai kpengklonan serba sedikit di sekolah. Jadi, ia memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan.

Saya berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini dengan menjawab soalan-soalan yang diberi, menyatakan akibat yang berlaku daripada pengklonan dan juga cara untuk mengatasi haiwan yang mengalami kepupusan. selain itu, saya juga membuat design t-shirt untuk memberitahu orang ramai mengenai haiwan tersebut.

Ya, saya rasa ianya memotivasikan saya kerana ia memberikan saya kesedaran mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara haiwan yang sedang mengalami kepupusan.

Minggu ketiga

Pada minggu ini, saya dapat mempelajari mengenai bahayanya klorin dia dalam air paip. Air paip yg putih bukanlah bermakna bersih, tetapi banyak bahan-bahan berbahaya yang terkandung.

saya mengalami sedikit masalah teknikal seperti internet lambat.

Saya cuma menunggu line internet untuk kembali seperti sedia kala memandangkan masalah ini tidaklah terlalu serius.

Saya mengalami sedikit masalah untuk menyiapkan tugasan pada minggu ini kerana tidak cukup masa dan agak sibuk. lebih-lebih lagi time raya dah dekat. Sibuk dgn persiapan dan menolong ibu-bapa. kerana untuk menyiapkan satu-satu post, saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer.

Saya terpaksa menunggu masa cuti untuk menyiapkan tugasan.

Bagi saya, agak mencabar kerana pengetahuan saya mengenai klorin agak sedikit. Jadi, saya harus mencari banyak maklumat pada tugasan kali ini.

Ya, saya berjaya menyiapkan tugasan pada minggu ini di saat-saat akhir. Saya mencari maklumat-maklumat yang berkaitan di google. Ianya sangat membantu saya.

Ya, tugasan pada kali ini memotivasikan saya kerana membantu saya mengingati semula mengenai klorin.

Minggu keempat

Pada minggu ini, saya dapat mempelajari mengenai  punca-punca kerosakkan pokok dan cara-cara untuk menyelesaikannya.

pada minggu ini saya kerap mengalami masalah teknikal iaitu internet lambat dan tiada connection.

Saya menyelesaikan masalah saya dengan menunggu hari esok sehingga internet connection kembali seperti sediakala.

Ya, saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan aktiviti blog kerana apabila saya hendak memberikan komen, tiada pelajar lain disaitu. Jadi, ia agak melambatkan aktiviti.

Saya menyelesaikan masalah tersebut dengan berbincang dengan pelajar-pelajar yang lain dan kami akan online pada waktu yang sama untuk mengomen.

Ya saya rasa aktiviti pada minggu ini agak mencabar. kerana saya harus mencari banyak lagi maklumat mengenai tumbuhan-tumbuhan. saya menyelesaikannya dengan mencari semua maklumat dengan menggunakan google.

Ya, saya berjaya menyiapkan tugasan pada minggu ini dengan merujuk kepada pelajar-pelajar yang lain, cikgu dan google.

Rasa rasa, aktiviti pada minggu ini agak memotivasikan saya kerana saya boleh mengaplikasikan apa yang saya belajar disini terhadap kehidupan seharian saya. contohnya, saya boleh menyelesaikan  sendiri jika tumbuhan saya mengalami penyakit.

Minggu kelima

Pada minggu ini, saya dapat belajar mengenai cara yang terbaik untuk menangani virus dan langkah-langkahnya.

Saya tidak menghadapi sebarang masalah teknikal.

Saya menyiapkan tugasan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.

Saya tidak mengalami sebarang masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan, kecuali saya agak kekurangan idea.

Saya meminta bantuan keluarga saya, cikgu dan rakan-rakan. selain  itu, saya juga mencari maklumat di dalam internet.

Saya rasa tugasan pada minggu ini agak sederhana kerana ia membawa topik virus yang mudah dicari maklumat mengenainya.

Ya, saya berjaya menyiapkan tuhasan pada minggu ini dengan jayanya.

Aktiviti pada minggu ini amat memotivasikan saya sebagai persediaan jika berlakunya kes penyebaran virus, jadi saya tahu cara untuk mengatasinya.

Minggu keenam

Pada minggu akhir ini, saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai maksud mutasi dan jenis-jenisnya.

Saya menghadapi sedikit masalah teknikal iaitu masalah internet yang lambat dan tidak berfungsi.

Saya tidak dapat melakukan apa-apa. Saya cuma menunggu sehingga internet kembali reda seperti sedia kala.

Saya agak kekurangan idea semasa menyiapkan tugasan. Jadi, ia agak menyukarkan saya.

Saya mengatasinya dengan bertanya kepada mereka yang lebih handal.

Tugasan apada minggu ini sangat mencabar kerana saya masih belm memahami mengenai mutasi itu sendirir.

Ya, saya berjaya menyiapkan tugasan pada minggu ini, tetapi agak lewat.

Aktiviti pada minggu ini amat memotivasikan saya kerana saya mendapat sedikit ilmu mengenai mutasi dan jenis-jenisnya.